Pejam celik, pejam celik dah almost sebulan kita puasa ek?? Insyallah, tahun nih cukup sebulan aku pose, tahun depan tak yah terkejar2 nak ganti pose lagih. Dan kalau diizinkan-Nya, diberi tahap kesihatan yg okay, boleh aku join gang2 yang buat pose 6...( niat pun dah dapat pahala kan?? :) )
Hari nih, Rabu 10-Oct, dah nampak sikit kelengangan kat jalan raya. Dah ada warga kota yang ambik cuti lebih sikit, nak elak kan massive jam, tak nak bersesak2 balik kampung masing2. Tuh, dikira langkah yang bijak gak since kalau dah ramai nih, ramai lah perangai nyer, maka ramailah ragam nyer.
Esok, khamis 11 Oct, lagih ramai yang dah ambik cuti. Abang Wadi aku yang kat Wangsa Maju tu pun dah nak balik kelantan dah besok. Moga dia selamat diperjalanan . Hopefully, dengan kueh raya aku sampai dulu before aku, mak aku happy sikit. At least dia tengok penuh kueh kat atas meja dia, tak de lah dia sedih sangat yang anak dia belum sampai. Walaupun, Insyaallah, subuh raya ke-2, sampai lah kita orang kat Bandaraya Kuala Krai tu nanti.
Mak aku nih bukan apa, dia spesies yang suka jamu orang. So, dah penuh kita orang letak kueh kat atas meja, tiap kali orang lalu kat depan rumah kita orang on raya day,dia mesti cakap kat orang yang lalu tuh " datang lah rumah, tengok kueh dari KL penuh meja" he..he..
Bagi dia, dia tak makan tak pe...yang penting apa yang dia saji kan orang makan..dah cukup happy dah dia..Itulah mak aku, Hajjah Che Munah Mohamed..mmm..tak sabau nak jumpa dia raya nih...
Raya first tahun nih, kat Langat. Kat langat, tak baper ramai sangat orang. Maklum lah , family Bob sikit jer, adik beradik pun 3 orang jer..tak cam aku yang ada 7 orang. Bukan takat tu jer..kakak ngan abang aku pun dah ada yang ada cucu, so jangan citer lah berapa karam nyer rumah mak aku masa raya . Nak berak pun kena beratur wa cakap beb..he..he..Tapi tu lah keistimewaan raya, yang jarang kita perolehi waktu2 lain. kalau nak berkumpul waktu lain..ada jer yang tak cukup korum, masa raya ni lah sumer nak bercerita. Sumer benda nak share sampai kadang2 tak tahu nak dengar yang mana satu dulu. Kalau tido, sumer nak tido ramai2 kat ruang tamu. Penuh ruang tamu mak aku, bilik lak..sumer kosong..he..he..
Ish betul2 tak sabau nak balik..
So, korang beraya elok2 sumer..jangan main mercun..or main meriam buluh..he..he..
Pandu keta elok2. Sapa yang hubby letih or mengantuk masa driving, pandai2 lah ambik alih kokpit tuh..tapi aku..idok ler...tak tahu bawak manual daa...
Ok, selamat Hari raya untuk semua..Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga..
Sapa2 yang nak buat open house, jangan lupa ajak kami , mesti sampai punyer..he..he..
Wednesday, October 10, 2007
Selamat Hari Raya !!!!
Posted by mc ta at 7:06 AM
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|