Saturday, July 5, 2008

Our very 1st JJCM

Fuuhhh..finally termakbul juga hajat aku nak JJCM right after pantang nih. So selepas berjaya memujuk bob utk ambil full day leave masa check up ari tuh, ni lah masa nya nak ajak dia jalan2. Dah bosan tahap gaban dah dok rumah.

Lepas check up, kita org jalan pi TESCO shah alam. Walaupun TESCO jer, shiok dia sama cam gi Pavillion..he..he..

Sebab dah lapar sgt, first shop yg kita hop in = JM Beriani. And I had this that day.

Nasi beriani ngan ayam goreng. Abah tolong tgk jer since dia dah belasah nasi kat Syed before that. Sapa yg pernah makan kat sini tahu lah sedap ke idak. Nak kata sedap sgt tuh tak de ahh..bolehlah dimakan. Yg penting boleh pekena teh tarik..mmm..mabeles.

Dah order baru abah cakap yg beriani kambing kat situ sedap..mmm..tak cakap awal2. Tapi tak pe, kalau panjang umur, kita jumpa lagi kan JM?? :)

Lepas tuh kita shopping sesikit lah kat TESCO. Damia cam basalah..shiok sgt tido.

Tapi bila tang kita masuk Poh Kong, dia bangun dan nak minum susu. Habis gak lah separuh botol dia minum kat dalam Poh Kong tuh. Abah cakap, high taste budak nih, nak minum susu dlm kedai emas..he..he..

Poh Kong skrg dah ada pintu kan? Yelah asyik kena rompak jer. Lepas kena rompak kat Giant Bandar Puteri Puchong, tak lama lepas tuh kat Giant Kelana Jaya lak, Mahu tak cuak boss Poh Kong kan??

Dah lepas penat jalan2, before we heading back home, kita pi minum jap kat Pizza hut. Tapi kita 2 org jarang makan pizza kalau pi pizza hut. Kita makan nih.. Spaghetti ngan lasagna..mmm..kena lak ngan kopi + Ice lemon tea , mmg best. Sambil2 tuh, layan Mia yg asyik nak tido kat atas riba.

Dan nih..minum lagih sementara tunggu abah masuk kedai stationary...tapi..kelopak mata dah nak berlabuh dah...
Mesti dalam hati dia cakap, letih betul ngikut mak bapak aku nih. Lepas jalan makan.lepas tuh jalan lagih..then makan lagih..keh..keh...